Friday, July 31, 2009

Azzam Al-Ahmad: Fatah semakin tenat.

Selasa, 28/07/2009 – Azzam Al-Ahmad, seorang pemimpin Fatah yang terkenal dan mengetuai pergerakan itu di dalam kerajaan Palestin telah mengakui wujudnya kepincangan di dalam Fatah dan pelan penyelamat yang komprehensif amat diperlukan.

Dalam pengakuannya yang dibuat kepada akhbar Jordanian Al-Rai di Amman yang disiarkan pada Ahad lepas, Ahmad menggesa penukaran barisan kepimpinan Fatah bagi menyelamatkan program-program kebangsaan yang telah dirancang.

Beliau turut mengesahkan bahawa sistem dalaman dan program politik Fatah memerlukan penilaian secara menyeluruh, komprehensif dan teliti agar program pemulihan negara Palestin yang telah diceroboh itu dapat diteruskan, seperti yang telah disepakati di Algeria pada tahun 1989.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]