Sunday, July 05, 2009

Kempen antarabangsa bebaskan ahli parlimen.

Rabu, 02/07/2009 – ‘Kempen bebaskan ahli parlimen yang diculik’ dalam penjara Zionis telah menganjurkan satu bantahan besar-besaran dengan mendapat sambutan besar daripada pihak-pihak rasmi dan rakyat. Antara yang hadir ialah Perdana Menteri, Ismail Haneyya dan beberapa menteri majlis perundangan, ahli-ahli parlimen, setiausaha-setiausaha agung pelbagai fraksi Palestin, beberapa tokoh rasmi, akademik, orang-orang kenamaan dan sebilangan besar gerakan wanita Islam di Gaza.

Setiausaha agung kempen tersebut, Mushir al-Misri menegaskan dalam ucapannya ketika bantahan tersebut pada Rabu (1/7) bahawa objektif daripada pelancaran kempen tersebut ialah bagi menyedarkan orang ramai tentang isu ahli-ahli parlimen yang ditahan dalam penjara Zionis, serta mendedahkan segala kezaliman dan kekejaman yang dilakukan terhadap para wakil rakyat Palestin yang sah setelah mereka dihumban ke dalam penjara lebih 3 tahun.

Al-Misri mengisytiharkan pelancaran kempen tersebut di dalam internet dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Arab menggunakan alamat www.freeplc.org

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]