Sunday, July 19, 2009

PA tutup pejabat Al-Jazeera di Tebing Barat.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menutup pejabat saluran satelit Al-Jazeera di Tebing Barat selepas ia menyiarkan pertuduhan Farouq Al-Qaddoumi, salah seorang pemimpin kanan Fatah, terhadap Mahmoud Abbas dan Mohamed Dahlan pada hari Selasa lepas.

Dalam wawancara yang disiarkan oleh Al-Jazeera itu, Farouq Al-Qadoumi yang merupakan Ketua Jabatan Politik PLO, mendakwa bahawa Abbas dan Dahlan terlibat dalam konspirasi membunuh bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun.

PA menyelar tindakan Al-Jazeera yang menyiarkan dakwaan Farouq itu, dan menuduh stesen TV tersebut menyebarkan maklumat palsu serta berbau provokasi di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]