Friday, July 24, 2009

Balik dari Geneva terus diculik Israel.

Askar Israel telah menculik seorang warga Palestin di kampung Ni’lin Rabu lalu berhampiran pusat bandar Ramallah, Tebing Barat sebaik sahaja ia kembali dari Geneva selepas memberi keterangan kepada jawatankuasa PBB dan sebelum mereka menyiasat serangan Israel di Semenanjung Gaza dan pencabulan Israel yang lain.

Warga itu telah dikenalpasti sebagai Mohammad Srour. Beliau sebelum ini cedera ditembak oleh askar Israel yang menyerang satu perarakan anti keganasan di Annexation Wall, Tebing Barat berhampiran Ramallah. Dua penduduk Palestin telah terbunuh akibat serangan tersebut.

Aktivis Israel, Jonathan Pollack bagi Anarchists Against Wall juga pernah memberi keterangan dihadapan jawatankuasa Judge, Richard Goldstone.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : hijjaz_79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]