Hendaklah engkau mentaati dan menghormati kedua ibu bapamu. Tidak lain yang sangat dikehendaki oleh semua ibu bapa, melainkan anak yang taat dan menghormati mereka. Sesungguhnya tiada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka hidup menderita, atau tidak bermanafaat dalam masyarakat, atau bergelumang dengan kelekaan di alam remaja. Semua mereka inginkan anak mereka hidup bahagia dan menjadi sanjungan masyarakat. Ingatlah pesan Lukman al-Hakim jangan sekali-kali derhaka kepada ibubapa.
Hormatilah semua orang yang lebih tua dan juga yang muda darimu. Orang yang tua engkau oleh berkongsi pengalaman hidup. Yang baik wajib diikuti, yang buruk hendaklah engkau jauhi. Hormatilah juga kawan-kawan abah dan umi, kerana menghormatinya menyambung silaturrahim dan menghasilkan keberkatan hidup. Jangan segan untuk menegur dan mendapatkan nasihat dari mereka kalau abah tiada. Percayalah kawan-kawan abah, semuanya orang yang pandai dan baik-baik belaka.
Dan kasihilah adik-adikmu jika engkau bergelar kakak atau abang. Jika abah dan umi meninggalkan dunia ini secara tiba-tiba, maka engkaulah akan menggantikan abah dan umi untuk menjaga adik-adik. Dan jika engkau sebagai adik, maka taatilah kakak atau abangmu. Itulah budi yang luhur. Sayangilah mereka semuanya, bermesralah dari kalanganmu antara adik dan abang, begitu juga sebaliknya. Lanjutkanlah kemesraan ini sehingga hari tuamu.
Seperkara lagi wahai anakku, abah dan umi punyai ramai rakan taulan, kawan dan sahabat. Mereka semuanya adalah orang yang pandai dan pintar. Watak dan penampilannya adalah orang-orang yang soleh, lagi musleh. Mereka punyai faham agama yang bagus dan akhlak Islamnya mengikuti sunnah nabimu. Kerana itu ikutilah jejak langkah mereka, dengarlah nasihat dan tegurannya. ..... BERSAMBUNG

2 comments:
terima kasih.
terima kasih abah.adibah terharu.insyaallah. adibbah akan menurut keinginan abah.
Post a Comment