Sunday, July 19, 2009

7 Penyokong Hamas ditangkap

Jumaat , 17/07/2009 -Pasukan Keselamatan yang setia kepada bekas pemimpin PA dan Fatah, Mahmoud Abbas pada Rabu lalu telah menculik tujuh penduduk yang menyokong Hamas di daerah Tulkarem, Nablus dan Jericho termasuk dua bekas tahanan penjara Israel dan seorang anggota majlis perbandaran.

Omama, laman web rasmi Hamas di Tebing Barat, dalam satu kenyataan pada Khamis lalu berkata lima penduduk telah diculik di Tulkarem dan seorang bagi Nablus dan Jericho. Sementara itu, pihak berkuasa Abbas telah membebaskan Huda Mara’ba, 61 selepas 50 hari ditahan.

Sumber tempatan di Qalqilia menyatakan Mara’ba diharamkan masuk Qalqilia atau melawat kubur suaminya manakala bapanya dipaksa menandatangani surat jaminan yang menghendaki anak perempuannya tidak memasuki bandar tersebut atau jika tidak mereka berdua akan ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]