Monday, July 27, 2009

Yang keempat wahai anakku




Hendaklah engkau menjaga maruahmu dan maruah abah dan umi setiap waktu dan di mana sahaja engkau berada. Maruah adalah umpama mahkotamu tidak kira samada engkau lelaki atau perempuan. Jika engkau kehilangan harta, engkau akan dapat mencarinya semula. Tetapi apabila engkau kehilangan maruah, engkau akan kehilangan segala-galanya

Maruah akan hilang jika engkau berbuat noda yang menyalahi agama dan uruf. Noda agama ialah berbuat maksiat seperti zina. Zina amatlah keji dan tiada perkara sekeji zina. Agama kita Islam telah menyatakan bahawa tidaklah beriman seseorang apabila dia berzina. Zina dipandang hina juga oleh uruf masyarakat iaitu adat bermasyarakat. Tiada agama di dunia yang menentang zina setegas Islam. Oleh itu jauhilah ia, wahai anakku. wahai anakku, jika telah sampai waktunya berumahtangga, beritahulah abah dan umi. Biar abah dan umi menguruskannya mengikut landasan agama dan adat warisan bangsa. Sekiranya engkau benar-benar anak yang baik, soleh dan musleh, percayalah Allah akan mempertemukan engkau dengan insan baik, begitulah sebaliknya.

1 comment:

Pui said...

kami sayang abah.sorry kalau ade buat salah

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]