Sunday, July 19, 2009

Hamas : Israel mengaku melakukan jenayah perang di Gaza.

Pada hari Rabu lalu Hamas berkata pengakuan daripada askar Israel (IOF) kepada organisasi Israel Breaking the Silence merupakan keterangan yang jelas dimana askar-askar IOF telah melakukan jenayah perang semasa peperangan terbaru di Semenanjung Gaza.

Dr Sami Abu Zuhri selaku jurucakap Hamas dalam satu siaran akhbar berkata askar-askar itu telah mengaku dengan sengaja mensasarkan orang awam, menggunakan mereka sebagai perisai manusia, melepaskan tembakan bertubi-tubi dan memusnahkan rumah-rumah tanpa sebarang justifikasi.

Pengakuan itu katanya berjaya menolak kenyataan Israel yang menafikan mereka bertanggungjawab atas jenayah-jenayah perang yang dilakukan di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]