Friday, March 06, 2009

Zahhar: Kerajaan perpaduan tidak akan iktiraf Israel.

Jumaat, 06/03/2009 - Pemimpin Hamas serta wakil rakyat Dr. Mahmoud Al-Zahhar telah menegaskan dalam sebuah rencana akhbar Khamis bahawa kerajaan perpaduan tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel.

Beliau berkata demikian kepada akhbar Al-Khalij UAE dan Israel bukan agenda dalam kerajaan Israel serta Hamas tidak ikitraf sebarang perjanjian lepas antara Israel dan PLO. “Zionis merupakan satu entiti asing yang tidak ada kena mengena dengan Palestin dan mesti keluar dari Palestin dengan segera”,tegas beliau.

Sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan perlulah dipersetujui oleh semua kumpulan pejuang Palestin dan matlamat utamanya haruslah ke arah memperbaiki taraf hidup rakyat, mengadakan pilihan raya dan untuk mencapai tujuan mulia untuk Palestin.

Zahhar berkata Mesir tidak akan menjamin kejayaan membentuk kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya ianya terletak pada semua kumpulan pejuang.

Bekas ketua PA dan pemimpin Fatah Mahmoud Abbas berkata sebarang usaha dialog pembentukan kerajaan perpaduan harus mengikitiraf konsep 2 negara dimana dikritik oleh Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]