Thursday, March 12, 2009

Hamas tolak Fayyad sebagai Perdana Menteri.

Rabu, 11/03/2009 - Hamas pada hari Selasa menolak Salam Fayyad sebagai Perdana Menteri Kerajaan Gabungan sekiranya kerajaan gabungan berjaya ditubuhkan.

Ismail Al-Ashqar, seorang pemimpin Hamas dan seorang ahli keselamatan dalam dialog kebangsaan berkata perlantikan Fayyad yang dibuat oleh Mahmoud Abbas adalah satu tindakan yang tidak matang. Beliau menambah perlantikan Perdana Menteri haruslah berdasarkan keputusan bersama dan menuduh tindakan Abbas sengaja menghalang usaha membentuk kerajaan perpaduan.

Hamas menolak Fayyad kerana beliau merupakan seorang yang pro-Amerika dan bertindak mengikut telunjuk Zio-Amerika dimana Hamas menolak mana-mana pengaruh luar dalam dasar pemerintahan di Palestin dalam mempertahankan kedaulatan Palestin.

Hamas meletak kepentingan rakyat dalam senarai teratas dalam sebarang perbincangan dialog kebangsaan

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]