Friday, March 20, 2009

Barhoum: Persetujuan pembentukan kerajaan perpaduan nasional dicapai.

Khamis, 19/03/2009 - Jurucakap HAMAS, Fauzi Barhoum mendedahkan semua fraksi Palestin bersetuju membentuk kerajaan sementara perpaduan nasional sebelum mengadakan pilihanraya umum.

Beliau berkata dalam kenyataan akhbar hari ini, Rabu (18/3), “persetujuan telah dicapai tentang bentuk kerajaan akan datang iaitu sebuah kerajaan sementara perpaduan nasional yang dibentuk mengikut perlembagaan Palestin. Kerajaan ini juga bertanggungjawab mengadakan pilihanraya akan datang serta membentuk kerajaan baru. Walau bagaimanapun, perbincangan masih lagi berlangsung tentang program politiknya dan susunan kementeriannya.”

Barhoum juga menjelaskan jawatankuasa tertinggi penyelaras bagi semua fraksi yang terlibat masih lagi menyambung perbincangan mereka hari ini di Kaherah dengan serius dan bersungguh-sungguh tentang isu-isu yang dikemukakan oleh kelima-lima jawatankuasa berkenaan isu Palestin. Jawatankuasa penyelaras tersebut berusaha membataskan titik persetujuan dan perselisihan tentang isu-isu berkaitan tentang PLO, kerajaan Palestin, keamanan dan pilihanraya bagi menyempurnakan cara bagaimana menanganinya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]