Wednesday, March 25, 2009

Al-Ghoul: Pejuang tetap teguh dengan pendirian mereka.

Selasa, 24/03/2009 - Muhammad Faraj al-Ghoul, wakil rakyat dan ketua kumpulan “Perubahan dan Reformasi”, merangkap Menteri Hal Ehwal Orang Tawanan Palestin menegaskan kumpulan pejuang Palestin tetap berpegang dengan tuntutan mereka berkenaan perjanjian melibatkan Gelad Shalit, tentera Zionis yang ditawan pejuang. Beliau menanggap pihak musuh sedang berhadapan tekanan dan tindakan mereka menunjukkan perjanjian tersebut bakal dicapai dalam masa terdekat.

Semasa minggu bantahan yang dianjurkan oleh kaum keluarga para tawanan dan tahanan, beliau menyifatkan para tawanan tersebut sebagai mahkota di atas kepala yang mengorbankan masa muda dan umur mereka demi Palestin. Oleh itu, mereka berhak untuk kita mengorbankan jiwa dan darah kita bagi membebaskan mereka daripada penjara-penjara Zionis. Beliau turut menegaskan kementeriannya sentiasa berusaha kuat bersama-sama dengan pihak pejuang bagi membebaskan mereka.

Beliau turut mempertanggungjawabkan regim Zionis sepenuhnya terhadap kegagalan pertukaran tawanan dengan berkata, ?meskipun pelbagai tekanan dan ugutan yang dilakukan Zionis, tetapi pihak pejuang tetap teguh atas pendirian dan syarat mereka. Tidak pernah mereka berganjak walaupun sejengkal. Tetapi pihak musuhlah yang berganjak dan tunduk kepada syarat-syarat pejuang Palestin. Sebab itulah, mereka menggunakan cara tekanan dan penyeksaan terhadap para tawanan, kerana mereka mahu memindahkan krisis dalaman mereka kepada pihak lain dan dengan tujuan memberikan ugutankepada pihak pejuang agar tunduk kepada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]