Saturday, March 28, 2009

Al-Zahhar: Perbincangan Kaherah tidak akan mengulangi kesilapan lalu

Jumaat, 27/03/2009 - Dr Mahmoud al-Zahhar, seorang pimpinan HAMAS dan ahli parlimen Palestin menegaskan matlamat utama yang ingin dicapai oleh HAMAS dalam perbincangan yang sedang berlangsung di Kaherah ialah menghalang daripada berulangnya pengalaman lalu apabila beberapa kumpulan Palestin tidak memberikan komitmen terhadap keputusan perbincangan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa HAMAS sekarang lebih kuat selepas serangan terhadap Gaza baru-baru ini.

Beliau berkata dalam satu ceramah yang disampaikan di perkhemahan Yarmouk bagi para pelarian Palestin di Damsyik, “perbincangan-perbincangan tersebut tidak akan mengulangi pengalaman pahit yang lalu… kita mahukan penyertaan dan perkongsian yang sebenar, bukan pembolotan yang pasti akan memusnahkan agenda perjuangan, sebagaimana berlaku di Tebing Barat.”

Pada masa yang sama, beliau menegaskan, “kita berbicara tentang undang-undang pilihanraya. Kita tidak membenarkan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat dipermain-mainkan. Kita berbicara tentang PLO agar ia keluar daripada tempat persembunyiannya dan sama-sama turut serta dalam perjuangan.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]