Thursday, March 12, 2009

100 buah kenderaan antara yang diserah konvoi George Galloway kepada HAMAS.

Rabu, 11/03/2009 - Penggubal undang-undang British, George Galloway telah menyerahkan sumbangan berupa bantuan kewangan, perubatan serta kenderaan kepada kerajaan PA pimpinan Ismael Haneyya yang beliau sifatkan sebagai kerajaan PA yang sah di Palestin.

Semasa majlis penyerahan sumbangan yang telah diadakan di Plaza Kateeba, Gaza Galloway menekankan pengepungan di Gaza mesti segera dihentikan tanpa syarat bagi mengelakkan 1.5 juta penduduk di Semenanjung Gaza daripada hidup dalam suasana penderitaan dan kesedihan.

Beliau memberitahu akhbar dan orang ramai yang menghadiri majlis itu bahawa konvoi bantuan itu telah menderma 100 buah kenderaan bernilai 800,000 GB pound sebagai tambahan kepada bantuan perubatan dan logistik yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Mesir bagi melalui sempadan Rafah

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]