Selasa, 03/03/2009 - Muhammad Nizal, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan tindakan mengenepikan pergerakan tersebut dan kerajaan sah di Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Ismail Haneyya adalah tindakan yang tidak berpijak di bumi nyata dan ia juga satu petunjuk negatif yang menggambarkan dana pembangunan semula Gaza telah dipolitikkan, di samping ia adalah percubaan untuk mengugut HAMAS.
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Isnin (3/2) beliau menjelaskan isu Gaza sama sekali bukan terletak pada masalah dana pembangunan semula, tetapi masalahnya adalah pada sekatan serta kepungan zalim yang dikenakan oleh regim Zionis terhadap Gaza serta penutupan pintu-pintu sempadan. Beliau mempersoalkan bagaimana dana pembangunan dan bahan-bahan binaan dapat dibawa masuk ke Gaza jika sekatan serta kepungan jahat itu berterusan?
Beliau juga menyatakan kehairanannya terhadap seruan yang dibuat oleh Sidang Sharm al-Syeikh hari ini agar regim Zionis membuka pintu sempadan tetapi tidak memberikan tekanan secukupnya terhadap regim tersebut untuk benar-benar melakukannya. Beliau berkata adalah suatu yang ganjil apabila Amerika Syarikat membuat seruan tersebut sedangkan ia memberikan bantuan dana yang besar kepada regim tersebut.
Sudah pasti Amerika mampu untuk hanya memberikan arahan agar regim Zionis membuka pintu sempadan supaya pembangunan semula Gaza dapat dijalankan. Beliau juga turut mengkritik pihak berkuasa Mesir yang terus menutup pintu sempadan Rafah dan tidak membenarkan bahan-bahan binaan dibawa masuk untuk proses pembangunan semula rakyat Palestin yang menderita kerana sekatan berterusan, terutamanya selepas serangan terkini regim Zionis yang telah memusnahkan segala infrastruktur seperti masjid, rumah kediaman, sekolah, universiti dan pusat-pusat perubatan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment