Rabu, 04/03/2009 - Muhammad Nazzal, anggota Biro Politik HAMAS mendedahkan beberapa pegawai Palestin dan Arab meminta para pegawai regim Zionis tidak membebaskan Marwan al-Barghouthi dengan alasan pembebasannya akan melemahkan kedudukan Mahmoud Abbas dan akan menguatkan kedudukan politik HAMAS dan menambahkan sokongan terhadapnya.
Nazzal berucap dalam satu majlis anjuran HAMAS semasa aktiviti ‘minggu kemenangan peperangan al-furqan (pembeza)’ pada malam Selasa (3/3) di perkhemahan Yarmuk berdekatan dengan Damsyik. Beliau berkata, “saya ingin dedahkan di sini tentang satu perkara yang amat ganjil, pelik dan menyebabkan kita merasa jijik.
Iaitu terdapat beberapa pegawai Palestin dan Arab meminta pegawai Israel tidak membebaskan seorang pejuang daripada Fatah, Marwan al-Barghouthi, dengan alasan pembebasannya akan melemahkan kedudukan Mahmoud Abbas ketika ini dan pembebasannya juga akan menguatkan kedudukan HAMAS dari sudut politik dan akan menambahkan sokongan rakyat kepadanya kerana dilihat berjaya menampilkan perjuangan nasionalnya yang sejati.”
Beliau berkata lagi, “mungkin beberapa pegawai Palestin akan segera menafikan perkara ini, tetapi saya meminta anda semua mendapatkan maklumat sendiri secara langsung daripada isteri Marwan al-Barghouthi, para peguamnya dan rakan-rakan rapatnya sendiri. Mereka tahu nama-nama yang terlibat dan peristiwa yang berlaku sebagaimana kami tahu, bahkan lebih lagi.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment