TV Al Manar, TV rasmi parti Hezbollah di Lebanon melaporkan semalam(Isnin) bahawa polis Israel telah menahan Sheikh Raed Salah, ketua bahagian utara gerakan Islam serta pengawalnya di sekitar Sheikh Jarrah, Timur Jerusalem.
Polis menyatakan Salah berniat untuk menyerang pejabat polis Israel ketika lawatannya ke Jerusalem. Sheikh Salah sedang melawat Jerusalam sebagai penduduk Palestin kerana meraikan Jerusalem sebagai ibu negeri Kebudayaan Arab pada tahun 2009.
Israel menuduh sambutan tersebut adalah haram dan menambah ia melanggar akta bahawa Israel berkuasa penuh ke atas bandar terbabit, sebagai ibu negeri Israel Bersatu. Jurucakap Gerakan Islam, Zahi Nujidat mengecam tangkapan tersebut sebagai tindakan tidak wajar, dan menuduh Israel bertindak zalim dalam semua aspek, lapor Al Manar.
Nujidat menambah tiada siapa yang melanggar undang-undang, tetapi penahanan tersebut adalah sebahagian polisi Israel dalam menghalang segala usaha untuk memastikan Jerusalem sebagai Bandar Arab malah sebagai ibu negeri untuk Negara Palestin. Tambahan lagi apabila polis Israel melaporkan penahanan 21 aktivis dalam masa yang singkat, termasuk Hatim Abdul-Qader, penasihat kepada Presiden Abbas dalam urusan Jerusalem. Penahanan tersebut adalah sebahagian tindakan Israel menghalang perayaan tersebut.
Seorang senior pegawai polis Israel di Jerusalem berkata sambutan tersebut adalah haram kerana tidak menerima permit daripada polis di Jerusalem.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ammar
No comments:
Post a Comment