Tuesday, March 03, 2009

Mishaal: Menentang pilihan strategik Hamas.

Isnin, 02/03/2009 - Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas berkata pada hari Sabtu perjuangan menentang penjajahan Israel merupakan pilihan strategik Hamas dan akan berterusan sehingga setiap inci tanah Palestin dibebaskan.

Beliau menjamin bahawa Hamas tidak kira sejauh mana pencapainnya dalam bidang politik namun tidak akan berganjak dari prinsip penentangan ini dan perang di Gaza merupakan satu contoh praktikal bahawa tiada masa atau posisi yang mampu mengubah arah perjuangan Hamas, kata beliau kepada kunjungan delegasi Jordan.

Mengenai usaha mewujudkan kerajaan penyatuan, beliau berkata Hamas serius dan positif terhadap langkah ini dalam memastikan perpaduan di kalangan rakyat Palestin sambil mempertahankan prinsip perjuangan Hamas tanpa pilih kasih dan tidak akan berkompromi dalam hal-hal perjuangan.

Sementara itu penayangan filem yang menghina Nabi Isa, ibu baginda Maryam, Nabi Muhammad dan Hamas oleh media Israel menunjukkan masa kehancuran Zionis Israel semakin dekat kerana mereka yang terang-terang menentang Allah tidak akan berjaya atau mempunyai tempat di tanah suci Palestin.

Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, seorang pegawai kanan Ikhwanul Muslimin di Jordan, Kadhim Ayish berkata pertubuhan mereka menyokong segala usaha ke arah penyatuan di Mesir dan berharap dialog ini akan membebaskan dari projek Zio-Amerika yang sememangnya terbukti gagal.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]