Wednesday, March 18, 2009

Barhoum: Peluang bersejarah untuk damai.

Jumaat, 13/03/2009 - Fawzi Barhoum menegaskan semua fraksi yang mengadakan dialog di Kaherah mempunyai peluang cerah untuk proses perdamaian nasional dan menyeru mereka untuk merebut peluang tersebut bagi menyelesaikan segala perpecahan dalaman yang berlaku serta menggabungkan diri dalam arus perdana dunia secara bersama.

Beliau yang juga jurucakap HAMAS berkata dalam kenyataan akhbar petang semalam, Khamis (12/3), “kita sekarang mempunyai peluang bersejarah bagi merealisasikan perdamaian nasional yang boleh menamatkan perpecahan sesama sendiri.” Tetapi beliau menegaskan keperluan untuk tidak tunduk kepada tekanan dan syarat-syarat yang diletakkan oleh Amerika atau pihak lain ketika menjalankan dialog tersebut.

Ketika ditanya kenapa selepas 3 hari berlalu dialog perdamaian itu masih belum menghasilkan sebarang hasil yang jelas, beliau menjawab, “kita tidak boleh terikat dengan rangka waktu tertentu, kerana kita berhimpun di sini untuk menyelesaikan isu yang sudah berlarutan semenjak 40 tahun lalu.”

Berkenaan tuntutan Fatah agar HAMAS mengiktiraf segala perjanjian yang telah ditandatangani Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), beliau menegaskan Fatah sendiri mengatakan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani PLO tersebut telah memusnahkan rakyat Palestin, jadi bagaimana mereka boleh meminta HAMAS mengiktirafnya sekarang?

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]