Tuesday, March 03, 2009

Nassar seru negara penyumbang agar salurkan bantuan kepada pihak berkredibiliti.

Selasa, 03/03/2009 - Pemimpin Gerakan Pejuang Islam Hamas, Talal Nassar menyatakan ingatan agar negara penyumbang tidak menyalurkan dana pembangunan semula Gaza kepada pihak Autoriti Palestin sebelum terbentuknya sebuah “pemerintah persatuan”. Beliau menyeru agar berhati-hati dan selektif dalam memberikan dana bantuan.

Dalam pernyataan akhbarnya Nassar menyeru kepada negara-negara penyumbang untuk menyalurkan bantuan Palestin kepada badan-badan yang memiliki kredibiliti dan amanah untuk melaksanakan tugas mengembalikan apa yang telah dimusnahkan oleh Israel dalam perang tidak bermoral di Semenanjung Gaza. Beliau menyatakan, “kami meminta kepada semua negara penyumbang agar memberikan dana kepada pihak yang memiliki tanggungjawab merealisasikan projek pembangunan sebenar dalam rangka untuk mengakhiri penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]