Rabu, 11/03/2009 - Ketua ‘Harakah Islamiyyah’ dan ketua ‘Blok Kesatuan Perubahan Arab’, Abdullah Sarsur membayangkan keganjalannya terhadap sikap degil kerajaan Zionis sepanjang 3 tahun lalu berkenaan isu pertukaran tawanan antara regim tersebut dengan HAMAS.
Ketua blok tersebut di dalam parlimen (Knesset) Israel itu mempersoalkan sikap Israel yang lambat memberikan kata putus tentang isu tersebut bahkan sebaliknya sentiasa memberikan pelbagai alasan daripada menyatakan pertanggungjawaban setiap kali semua pihak yang terlibat hampir mencapai penyelesaian.
Menurutnya, Israel juga sentiasa mengamalkan polisi mengugut dan tidak mempedulikan pandangan umum rakyat Israel sendiri yang majoritinya bersetuju terhadap keperluan untuk melakukan apa saja demi mengembalikan semula Shalit (tentera Israel yang ditawan oleh pejuang). Bahkan Israel juga tidak langsung mempedulikan suara perasaan dan jiwa para tentera mereka sendiri yang mengambil keputusan akhirnya untuk tinggal di dalam khemah bantahan berhadapan dengan kediaman Perdana Menteri, Olmert.
Abdullah Sarsur berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa (10/3) yang diterima oleh Pusat Media Palestin, “adalah jelas Olmert tidak akan mengambil sebarang keputusan berhubung mengadakan satu perjanjian yang boleh menjamin pelaksanaan pertukaran tawanan di antara kerajaan Israel dan HAMAS.
Nampaknya dia lebih cenderung untuk menyerahkan isu tersebut agar dibuat keputusannya oleh kerajaan akan datang yang akan ditubuhkan. Ini menyebabkan kumpulan-kumpulan rakyat yang memperjuangkan isu Shalit terpaksa mempertingkatkan kempen mereka termasuk kedua-dua ibu bapa Shalit, kerana mereka meyakini bahawa kerajaan akan datang hanya akan menyebabkan isu tersebut bertambah kusut yang mungkin akan menyebabkan Shalit akan bertukar menjadi seorang lagi ‘Ron Arad’.
Ron Arad ialah seorang juruterbang Zionis yang ditawan hidup-hidup di Selatan Lubnan lebih 20 tahun lalu setelah dia terjun daripada pesawatnya menggunakan payung terjun semasa serangan terhadap Lubnan pada tahun 1986. Sehingga kini dia tidak ditemui.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment