Sunday, March 01, 2009

Terkini : Semua fraksi setuju bentuk kerajaan perpaduan.

Jumaat , 27/02/2009 - Semua kumpulan pejuang Palestin yang menyertai dialog perdamaian di Kaherah mengumumkan pada hari Khamis (26/2) persetujuan untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional yang akan menjalankan tugas sementara menunggu pilihanraya baru diadakan.

Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menegaskan dalam satu sidang akhbar selepas selesai perbincangan yang diadakan bahawa kelima-lima jawatankuasa persediaan yang telah dipersetujui bersama akan memberikan cadangan dan menentukan anggota-anggota kerajaan perpaduan.

Mengenai isu pintu sempadan Rafah dan proses membangunkan semula Gaza, Abu Marzuq berkata, “Penyediaan perjanjian baru khusus mengenai pintu sempadan Rafah akan dilakukan.” Beliau turut mengalu-alukan usaha Mesir yang mengusahakan agar persetujuan dicapai dalam isu tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]