Isnin, 30/03/2009 - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menuntut para pemimpin Arab agar membawa para penjenayah perang zionis ke mahkamah terhadap jenayah yang mereka lakukan di Gaza. Beliau turut menuntut agar hubungan diputuskan dengan regim zionis dan melaksanakan semua resolusi sidang kemuncak Arab agar sekatan terhadap semenanjung Gaza dibatalkan.
Beliau berkata dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen pada petang Ahad (29/3) dan ditujukan kepada Sidang Arab yang akan diadakan di ibu negara Qatar, Doha esok Isnin (30/3), “tiada masa lagi untuk menunggu. Kami menuntut agar segala resolusi Sidang Arab yang lalu dan resolusi sidang menteri-menteri luar Arab yang menetapkan agar sekatan terhadap semenanjung Gaza dibatalkan dan pintu-pintu sempadan dibuka hendaklah dilaksanakan segera. Kami juga menuntut agar semua bangsa Arab berusaha untuk memecahkan sekatan tersebut.”
Beliau juga menambah, “sekarang masa sudah tiba agar sekatan tersebut diangkat setelah ia memakan ratusan korban yang terdiri daripada para pesakit, sebagaimana ia turut melumpuhkan pergerakan kehidupan, dan pencerobohan terakhir baru-baru ini mengesahkan lagi keperluan dan kemestian memberikan bantuan kepada anak bangsa kami yang terkepung.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment