Thursday, March 26, 2009

Haneyya: Kita akan teruskan perjuangan.

Khamis, 26/03/2009 - Ismail Haneyya, ketua kerajaan Palestin menegaskan penolakannya terhadap konspirasi ‘tanahair alternatif’. Beliau juga menegaskan kerajaannya berpegang teguh dengan hak untuk kembali dan menegakkan negara Palestin yang beribunegarakan bandar Baitul Maqdis.

Beliau berkata pada satu pertemuan terbukanya yang pertama pada petang Rabu (25/3) semasa memberikan penghargaan kepada delegasi perubatan kerajaan Jordan yang bertugas di Hospital Lapangan Jordan di Gaza. Beliau berkata, “saya menegaskan ketika zionis berbicara tentang ‘tanahair alternatif’ atau negara Palestin Jordan, maka dengan nama rakyat dan kerajaan Palestin, kami menolak apa yang dinamakan sebagai ‘tanahair alternatif’ tersebut dan kami juga tidak akan menerima negara Palestin melainkan di atas tanahnya sekarang ini.”

Beliau menambah, “kami menolak ‘tanahair alternatif’ itu, dan bersama-sama dengan Jordan kami bersatu hati untuk menghadapi apa yang dinamakan oleh DYMM Raja Abdullah sebagai konspirasi pasca pencerobohan terhadap Gaza.” Seterusnya beliau menambah, “kami bersatu hati menghadapi perancangan zionis bagi menghalau rakyat Palestin dan cubaan mengganggu gugat negara-negara jiran Arab yang lain.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]