Wednesday, March 18, 2009

Kos kewangan selepas serangan Israel ke atas Gaza hampir $1.9 Billion

Jumaat, 13/03/2009 - Peserta-peserta Seminar Bangsa-bangsa Bersatu untuk membantu Rakyat Palestin, telah membuat analisis mengenai kerosakan akibat dari peperangan Israel-Gaza. Kos dianggarkan menghampiri $1.9 bilion, Agensi Akhbar Palestin, WAFA, melaporkan.

Mohammad Shfayyeh, ketua Majlis Ekonomi Penduduk Palestin untuk Pembangunan dan Pemulihan, berkata bahawa kos sebenar untuk serangan itu tidak boleh diukur dengan nilai kewangan semata-mata.Lebih daripada 1300 rakyat Palestin,40% daripada mereka adalah wanita, kanak-kanak dan warga tua, hilang tempat tinggal hasil serangan Israel.

Dianggarkan beribu rakyat Palestin kehilangan kediaman, dan kebanyakan tempat di Semenanjung Gaza kini terputus bekalan elektrik dan perkhidmatan asas, termasuk bekalan air.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Nurul

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]