Friday, March 20, 2009

HAMAS: Zionis bertanggungjawab penuh gagalkan perjanjian tawanan.

Khamis, 19/03/2009 - HAMAS mendakwa regim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan perjanjian berkenaan pertukaran tawanan, sambil menegaskan Zionis membelakangi segala nilai dan neraca kemanusiaan. Zionis juga mengeksploitasi sokongan antarabangsa kepadanya juga dokongan sekutunya Amerika Syarikat, di samping pendirian memalukan yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negara Arab.

HAMAS menegaskan dalam satu kenyataan akhbar bertulis kepada Pusat Media Palestin bahawa Zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan perjanjian berkenaan pertukaran tawanan, sebagaimana ia bertanggungjawab sepenuhnya sebelum itu menggagalkan proses perdamaian, sebagaimana disaksi dan diperakui sendiri oleh Mesir yang menjadi perantara di antara kedua-dua belah pihak.

HAMAS juga menegaskan bahawa Zionis menggunakan bahasa perkauman ketika cuba memaksakan syarat-syaratnya berhubung pembebasan para tawanan dengan mendakwa bahawa ia berhak untuk terus menahan beberapa orang tawanan dan membebaskan yang lain, berdasarkan neraca perkauman mereka yang melihat kepada rakyat Palestin sebagai penjenayah.

Sedangkan pada pandangan kita dan pandangan undang-undang antarabangsa mereka adalah tawanan perang yang bebas dan merupakan mahkota bergemerlapan di atas kepala pejuang Palestin, kerana mereka telah mengorbankan zaman muda mereka demi tanah air dan tempat suci mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]