Tuesday, August 04, 2009

Unesco: Gambar dan filem pelarian Palestin sebahagian ‘peringatan dunia’.

Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Ilmu Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) mengumumkan di penghujung mesyuarat khusus pada hari Jumaat lalu, perisytiharan memasukkan 35 bahan warisan filem dokumentasi yang tidak ternilai ke dalam rekod ‘peringatan dunia’. Antara bahan yang dimasukkan itu ialah yang berkaitan dengan dunia Arab, iaitu gambar dan filem yang mendokumenkan sejarah pelarian rakyat Palestin.

Agensi al-Quds Press memaklumkan bahawa gambar dan filem yang terpelihara itu khusus mengenai para pelarian Palestin. Dokumen itu dimiliki oleh Agensi Bantuan dan Operasi Pelarian Palestin (UNRWA). Ia dimasukkan ke dalam dalam arkib ‘peringatan dunia’ di bawah seliaan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Ilmu Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). Sehingga kini, bahan yang dimasukkan ke dalam kategori tersebut berjumlah sebanyak 193 bahan semenjak tahun 1997.

Semenjak ditubuhkan sebaik Nakbah Palestin 60 tahun lalu, Biro Penerangan bagi Agensi Bantuan dan Operasi Pelarian Palestin (UNRWA) telah menerbitkan gambar-gambar dan filem-filem yang meliputi seluruh fasa bagi sejarah para pelarian Palestin antara tempoh mendirikan perkhemahan bagi penempatan mereka pada tahun-tahun 50an dan Perang 1967. Sebagaimana turut melibatkan dokumentasi mengenai pelarian tambahan Palestin selepas itu, begitu juga Perang Saudara di Lubnan serta kekacauan yang berlaku pada pertengahan kedua tahun-tahun 1980an. Ia juga turut memuatkan intifadah rakyat terdahulu hinggalah ke intifadah al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]