Propinsi Tulkarem seolah-olah menyaksikan majlis perkahwinan nasional yang amat meriah. Ia adalah majlis sambutan seorang pimpinan, Muhammad Mansour yang berasal dari bandar Bal’a, timur Tulkarem, salah seorang tawanan penting HAMAS dalam penjara Zionis, yang dibebaskan pada hari Selasa (11/8) selepas lebih 25 tahun dihabiskannya sebagai tawanan.
Semenjak pagi lagi, ratusan penduduk dan beberapa tokoh besar bandar Bal’a dari pelbagai pertubuhan, diketuai oleh beberapa wakil rakyat dari Dewan Perundangan Tulkarem, iaitu Dr Hasan Khuraishah, Engineer Abdul Rahman Zaidan dan Syeikh Fathi al-Qar’awi, di samping bekas Menteri Kewangan, Umar Abdul Razzaq dan beberapa pimpinan HAMAS dan Harakah Islamiyyah di Tebing Barat, khususnya dari kalangan tawanan yang telah dibebaskan dan sempat bertemu dengan Mansour semasa dalam penjara.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment