Friday, August 14, 2009

Tirawi: “Israel tidak ada agenda untuk keamanan”

Khamis, 13/08/2009 - Pemimpin kanan Fateh, Tawfik Tirawi, menyatakan yang kerajaan Israel tidak pernah punyai sebarang agenda keamanan dengan rakyat Palestin.

Sebagai membalas respon kepada kenyataan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, Tirawi menyatakan sesebuah negara yang membina Annexation Wall, tidak boleh menganggap diri mereka sebagai badan keamanan. Lieberman menyelar Kongres Fateh di Bethlehem,dan berkata bahawa keputusannya mengenai hak untuk menentang pendudukan telah memusnahkan peluang untuk keamanan.

Di pihaknya, Tirawi menyatakan yang rakyat Israel harus memahami yang rakyat Palestin telah berjanji untuk mengambil semula hak mereka iaitu negara dan kemerdekaan, dan manusia seperti Lieberman harus berhenti mengajar rakyat Palestin tentang pendirian mereka.

sumber : http://www.imemc.or
penterjemah : nurul

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]