Oleh AMEER ABDULLAH
FASA MEMPROVOKASI IRAN
Tanda-tanda bahawa Israel bersedia melancarkan serangan menghadapi Iran sudah kelihatan sejak sebelum kejatuhan Lehman Brothers dahulu lagi. Kejatuhan ini memang dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi seluruh dunia di atas beberapa faktor tertentu.
Pada 6 Januari 2009, dunia dikejutkan dengan bedilan roket dari selatan Lubnan. Kejadian ini disahkan oleh seorang polis Israel yang bertugas di Bandar Nahariya yang terletaknya 8km dari sempadan Lubnan..
Menurut polis tersebut, Mickey Rosenfeld, beliau melihat beberapa roket jenis Katsuya telah mengenai beberapa bahagian di banda tersebut pada pagi Selasa. Kejadian itu juga disahkan oleh seorang wartawan Al-Jazeera, Rula Amin yang berkebetulan bertugas di situ.
Umum mempercayai bahawa serangan roket tersebut adalah dilakukan selepas pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah memberikan ucapan bahawa pihaknya akan sentiasa menyokong tindakan Hamas dan mereka tidak teragak-agak untuk membantu perjuangan rakyat Palestin.
Tindakan Yang Ditunggu-tunggu Israel
Kemungkinan besar, kami percaya tindakan menyerang dan menekan rakyat Palestin dalam konflik Gaza adalah suatu bentuk umpanan. Menekan rakyat Palestin bermaksud akan membangkitkan pembela-pembela berani rakyat tersebut iaitu Hezbollah dan Iran.
Jangkaan ini adalah berdasarkan beberapa faktor yang tidak masuk akal dalam konflik Gaza.
- Israel memulakan perang ke atas Palestin pada 27 Disember 2008 berasaskan alasan serangan roket - sedangkan sebelum itu, beribu-ribu roket telah dilancarkan oleh Hamas dan kemungkinan hampir setiap hari. Jika hendak ditafsirkan, Israel sudah mampu menyerang Hamas sejak dari dulu lagi. Tetapi Israel tidak berkehendak demikian, mereka tahu masa yang sesuai.
- Israel telah menguasai seluruh pentadbiran Palestin melalui tali barutnya Parti Fatah sejak tertubuhnya kerajaan campuran - apabila telah menguasai Palestin, Israel tidak melancarkan serangan keras tetapi mendiamkan diri untuk tempoh yang lama. Sedangkan serangan mampu dilakukan ke atas Hamas sejak dahulu lagi.
- Israel melakukan persediaan ketenteraan besar-besaran sejak 2 tahun dahulu dan kemuncaknya ialah selepas kejatuhan Lehman Brothers - sedangkan dengan bilangan tentera, kapal terbang, kereta kebal dan pelancar roket, Israel mampu menghadapi Hamas.
Di atas ialah 3 faktor utama yang pelik dan mencurigakan tambah-tambah lagi faktor yang ketiga. Israel menggunakan serangan secara sedikit demi sedikit ke atas Palestin seolah-olah ingin ‘menaikkan marah’ pemimpin-pemimpin Islam tertentu.
Persoalannya Israel mampu mengeluarkan jet-jet pejuangnya beratus-ratus buah sekali gus. Tambahan pula, Hamas tidak mempunyai kelengkapan- kelengkapan tersebut.
Situasi ini kami jangkakan ia sebagai umpanan kepada peperangan yang lebih besar yakni menghadapi Iran.
Teori Perang Israel vs Hamas, Hezbullah & Iran
Sejak tertabalnya Mahmood Ahmadinejad sebagai Presiden Iran, dilihat tanda-tanda mengumpan Iran agar terjun ke kancah peperangan telah dilakukan. Semua akhbar-akhbar rasmi Israel telah memainkan peranan yang cukup sistematik dalam menjalankan umpanan ini.
Berikut merupakan faktor-faktor yang dijangka Israel akan berperang dengan Iran disamping menggunakan Hamas dan Hezbullah sebagai faktor penyebab.
Faktor 1 : Strategi propaganda media Israel
Boleh dikatakan berita tentang Iran tiada cuti di akhbar-akhbar Israel. Akhbar Jerusalem Post sendiri mengambil langkah drastik dengan meletakkan kolum khusus iaitu “Iranian Threat” dalam akhbarnya.
Manakala akhbar Haaretz juga meletakkan kolum “Iranian Threat” di internet tetapi kolum tersebut dibuang secara tiba-tiba pada pertengahan Disember 2008 atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Faktor 2 : Kenyataan Duta Amerika di PBB
Pada 16 Oktober 2008, bahagian pertahanan udara Israel iaitu Israel Air Force (IAF) telah melancarkan suatu sistem berkomputer yang mampu mengesan roket-roket yang sedang dalam pelancaran. Sistem ini berfungsi memberi maklumat tempoh pelancaran, jarak dilancarkan dan jangkaan waktu terhempas.
Peranan sistem ini ialah memberi maklumat sepantas yang boleh kepada suatu unit khusus di Israel yang diberi nama Home Front Command (HFC).
HFC bertindak sebagai suatu pasukan khusus yang bertanggungjawab mengarahkan penduduk-penduduk Israel ke kubu perlindungan yang disediakan. Setakat ini, HFC bergerak dalam 10 daerah utama dan kemungkinan akan dipertingkatkan ke 100 daerah lagi apabila sistem IAF itu benar-benar siap sempurna.
HFC ditubuhkan pada Februari 1992 iaitu sejak tercetusnya Perang Teluk. Ia merupakan salah satu unit yang terpenting dan diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan Israel.
Faktor 5 : Latihan perang skala besar oleh Israel
Antara sebab-musabab yang paling meyakinkan ialah suatu program latihan peperangan secara besar-besaran telah dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Israel pada awal Ogos 2008.
Iran sedar konflik Gaza adalah umpanan Israel
Dalam konteks ini dapat kita lihat bahawa pihak Iran telah mengenalpasti akan tujuan sebenar konflik Gaza dicetuskan oleh Israel. Iran tahu, mereka tidak boleh terus melatah dengan sebarang reaksi kejam yang dilakukan Israel.
Mereka sudah mempunyai pengalaman dalam Perang Iran-Iraq 1980 yang mana negara-negara Arab telah menjadi mangsa hasutan agen-agen elit Zionis yang berwajah Islam. Pasti kali ini tindakan lebih berhati-hati diambil agar tidak tercetus peperangan yang bakal meragut lebih banyak nyawa Muslim.
Israel Menggunakan Hezbullah Sebagai Umpanan
Untuk mengheret Iran ke kancah peperangan bukanlah suatu jalan mudah. Ianya sama susahnya seperti Presiden Amerika mengheret Jepun ke kancah peperangan pada 1941.
Israel kelihatan amat bersungguh-sungguh ingin mewujudkan perang yang besar. Pada 8 Januari 2009 lalu, lima roket telah dilancarkan ke Selatan Lubnan. Serangan itu sebagai suatu tindak balas serangan Hezbullah ke atas Bandar Nahariya.
Bukan setakat itu sahaja, beberapa jet pejuang Israel juga telah kelihatan berlegar-legar memasuki kawasan Selatan Lubnan.
Apa yang menghairankan ialah jurucakap Hamas di Lubnan, iaitu Raafat Mora telah menafikan bahawa mereka membantu Hezbullah dalam serangan roket tersebut.
Malah jurucakap Hezbullah juga melaporkan kepada wartawan Press TV bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas serangan itu.
Kesimpulan
Kami percaya keengganan Iran memberi kebenaran kepada sukarela dari negaranya menyertai perjuangan jihad Hamas telah membuatkan pelan konspirasi Israel berubah.
Israel tahu Iran di bawah pimpinan ulama adalah berbeza dari pimpinan sekular dahulu. Mereka sudah matang dan masak dengan taktik-taktik provokasi antarabangsa yang dilakukan Israel. Namun begitu, kelihatan Israel cuba mencari ruang mengumpan dengan cara lain.
Wallhu’alam…
No comments:
Post a Comment