Israel mendakwa gerakan Hamas di Semenanjung Gaza sedang bertindak membina kekuatan ketenteraan, iaitu menyeludup peluru berpandu anti pesawat, anti kereta kebal, dan pelbagai lagi ke wilayah bergolak itu.
Israel juga mendakwa, berdozen pejuang terdiri daripada pejuang yang menentang penjajahan AS di Iraq, sedang memasuki Gaza. Sumber keselamatan Israel mendakwa pejuang tersebut memasuki Gaza pada awal tahun ini, dan mereka merupakan golongan yang aktif berkait dengan Jihad Islamiah Antarabangsa. Sumber itu juga menambah, tentera Israel percaya bilangan pejuang dari luar Gaza semakin meningkat menjelang pengunduran tentera AS di Iraq.
Sumber rasmi pihak keselamatan Israel berkata, Jihad Islami dan PLO mempunyai organisasi yang lebih sistematik berbanding Hamas, berikutan laporan, gerakan Islam itu menghadapi kesukaran dalam berkejasama dengan gerakan lain, seperti Al-Qaida dan Jihad Islamiah Antarabangsa. Sumber rasmi Zioni itu juga menambah, sebilangan kecil ahli Hamas meninggalkan gerakan itu pada perang Gaza dan menyertai Jihad Islamiah Antarabangsa. Sumber Israel itu percaya Hamas tidak memainkan peranan dalam mempertahankan Gaza dan hanya bertahan sedikit untuk terus berkuasa di Gaza.
Menurut sumber Israel, Hamas menumpukan dalam usaha menyeludup senjata dan bakal menjadi kelebihan kepada gerakan itu jika berlaku perang dengan Israel. Hamas juga didakwa cuba meningkatkan kekuatan roket terbaru mereka yang sudah melebihi 20 kilogram.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929
No comments:
Post a Comment