Sunday, August 02, 2009

Serbuan luar biasa terhadap Masjid Al-Aqsa.


Lebih daripada 200 penganut Yahudi yang fanatik telah menyerbu Masjid Al-Aqsa pada pagi Rabu lepas di kawasan Jerusalem yang diceroboh Israel. Penganut Yahudi fanatik tersebut menjalankan upacara keagamaan sempena ulangtahun kejadian yang digelar pemusnahan kuil.

Yayasan Aqsa bagi pengumpulan dana dan legasi berkata bahawa penganut Yahudi fanatik tersebut bertebaran di pelbagai lokasi suci semasa menjalankan upacara keagamaan itu di bawah perlindungan tentera Israel.

Yayasan tersebut merayu tindakan drastik daripada rakyat Palestin, Arab dan seluruh umat Islam bagi menyelamatkan Masjid Al-Aqsa daripada terus di”Yahudi”kan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]