Sunday, August 02, 2009

PBB terima 1500 tuntutan ganti rugi atas kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah.

Jumaat, 31/07/2009 – PBB telah melaporkan pada Khamis bahawa organisasi itu telah menerima hampir 1500 laporan daripada rakyat Palestin yang menuntut ganti rugi atas pembinaan Tembok Pemisah Israel dalam kawasan tanah mereka di Tebing Barat. Pegawai Ketiga Jawatankuasa PBB berkata, beliau telah mengkaji beratus-ratus tuntutan tersebut. Satu kenyataan telah disiarkan dalam satu laporan pada hari Khamis. Laporan ini melaporkan kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah Israel dalam Tebing Barat.

Pada tahun 2007, jawatankuasa yang berpusat di Vienna ini telah membuat keputusan untuk meneliti semua tuntutan ganti rugi ini, tetapi meraka tidak dapat menjatuhkan hukuman dan tidak dapat membuktikan kebenaran tuntutan ganti rugi tersebut. Tugas mereka hanya dalam lingkungan mencatat kerugian dan kemusnahan atas pembinaan tembok tersebut.

Israel telah siap membina hampir 490km daripada 805km Tembok Pemisah yang telah dirancang. Pada tahun 2004, Mahkamah Antarabangsa di The Hague mengeluarkan arahan, menasihatkan supaya Israel menimbang balik usaha itu dan mengalih balik tembok tersebut. Ibu Pejabat Kemanusiaan PBB melaporkan hampir 28 kawasan tempat tinggal rakyat Palestin, yang merangkumi 125,000 penduduk telah dikelilingi oleh tembok pemisah dari tiga arah.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]