Sunday, August 02, 2009

Galloway : Konvoi Gaza tetap diteruskan.

Ahli Parlimen Britain, George Galloway dalam satu wawancara akhbar berkata konvoi bantuan ke Semenanjung Gaza yang terkepung itu tetap diakan teruskan.

Dalam satu temubual dengan akhbar Mesir Al-Anwar yang diterbitkan pada Khamis lalu, beliau berkata kempen popular Amerika yang singgah di Gaza baru-baru ini adalah terbesar dalam sejarah AS untuk rakyat Gaza.

Beliau juga menyatakan penghantaran bagi konvoi bantuan itu kebanyakannya mengandungi peralatan perubatan dan ubat-ubatan sambil menambah rakyat Gaza sangat memerlukan bahan api, bahan binaan dan keperluan-keperluan lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]