Friday, May 15, 2009

Zehar: Gerakan Palestin sedia hadapi Israel.

Khamis, 14/05/2009 - Dr. Mahmod Zehar, pimpinan Hamas menegaskan bahawa satu barisan Palestin yang menyatukan kumpulan pejuan Palestin hampir siap ditubuhkan dalam rangka menentang Zionis-Israel dan memerdekan Palestin.

Dalam satu konferens, Hamas serta kumpulan pejuang lain memperbaharui janjinya kepada Allah, kepada rakyat Palestin bahawa mereka tidak akan menyimpang dari objektif membebaskan Palestin meskipun terpaksa mengorbankan anak dan keluarga. Beliau menambah, al-Quds adalah ibukota masa depan dan lambang kehormatan umat. Jika al-Quds terbebas, maka umat Islam akan terbebas daripada segala belenggu. Al-Quds bukan sahaja kiblat pertama, namun kiblat politik pertama yang akan dikibarkan dengan bendera kebenaran.

“Siapapun yang ingin berunding, silakan. Siapa yang ingin menjual Palestin, silakan. Namun kami akan membeli surga, harga diri, kehormatan dengan darah kami, darah anak-anak kami, dan kami yakin pintu penjara akan dibuka sampai semua tahanan akan keluar dari sana dengan harga diri tinggi,” lantang Zehar dengan penuh keyakinan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]