Saturday, May 09, 2009

Syeikh Solah: Zionis mahu menyahudikan bandar al-Quds.

Jumaat, 08/05/2009 - Syeikh Ra’id Solah, ketua ‘al-Harakah al-Islamiyyah’ di Palestin yang terjajah, membongkar satu tragedi baru yang sedang disempurnakan oleh 5 buah kementerian Zionis yang aparteid itu, dan yang menjadikan bandar al-Quds sebagai sasaran.

Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di perkhemahan Umm Kamil pada hari Khamis (7/5) di kampung al-Syeikh Jarrah, bandar al-Quds yang terjajah dan sedang diancam akan diruntuhkan itu: “Terdapat perancangan Zionis meluas yang sedang diperkukuhkan siri-sirinya bagi memukul binaan kemasyarakatan dan menyahudikan suatu kawasan bermula dari kampung al-Syeikh Jarrah hingga ke lembah al-Jauz dan al-Suwanah yang dinamakan sebagai ‘kolam suci’ bagi mengepung kawasan lama bandar tersebut. Sebagaimana turut sedang berjalan peluasan 32 kawasan utama yang dirampas daripada masjid al-Aqsa bagi menguasainya.”

Beliau juga mendedahkan bahawa majlis perbandaran Zionis akhir-akhir ini mula melakukan pengukuran kejuruteraan semula bagi semua rumah di al-Quds bagi mengenal pasti mana-mana penambahan binaan bagi mengeluarkan arahan agar tambahan atau keseluruhan bangunan diruntuhkan, sambil menyifatkan bilangan rumah yang mahu dimusnahkan oleh pihak perbandaran sebagai ‘menakutkan’.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]