Thursday, May 28, 2009

Rang undang-undang pengharaman penandaan Nakba diluluskan Israel.

Khamis, 28/05/2009 - Knesset Israel telah meluluskan rang undang-undang mengharamkan penandaan Nakba, memaksa rakyat Palestin termasuk orang-orang Arab mengiktiraf Israel sebagai satu “Negara Demokratik Yahudi”.

Rang undang-undang yang turut mendesak rakyat Palestin keluar daripada tanah air mereka supaya negara Israel dapat diwujudkan,telah dilulus bacaannya pada Rabu lalu dan penafian keatas rang undang-undang tersebut akan dijatuhkan hukuman setahun penjara.

Rang undang-undang yang diperkenalkan oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman itu turut mendesak orang-orang Arab untuk berikrar setia kepada Israel sebelum mereka boleh mendapatkan kad-kad pengenalan dan kewarganegaraan.

Sementara itu, dalam masa yang sama Ketua Dana Israel yang baru, Naomi Chazan dan beberapa pertubuhan perundangan Israel menentang rang undang-undang boleh merosakkan hak-hak bagi rakyat Arab.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : alfishahrin_85

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]