Wednesday, May 06, 2009

Belanjawan Zionis 2009 dijangka alami defisit 10 bilion dolar.

Selasa, 05/05/2009 - Kementerian Kewangan kerajaan Zionis menjangkakan akan berlaku defisit dalam belanjawan 2009 sebanyak 44.8 bilion shekel (10.8 bilion dolar) atau menyamai 6% daripada keseluruhan penghasilan tempatan, sambil menegaskan defisit itu berlaku kerana penurunan besar cukai yang dikutip kesan daripada krisis ekonomi global.

Agensi berita Reuters melaporkan pada Ahad (3/5), semasa memberikan penerangan di hadapan kabinet Zionis, beberapa orang pegawai kementerian tersebut menegaskan bahawa mereka menjangkakan akan berlaku defisit fiskal negara. Mereka menggesa agar Kementerian Kewangan berusaha untuk mengurangkan kadar belanjawan sebanyak 14 bilion shekel bagi mengelakkan defisit tersebut.

Gabenor Bank Pusat Zionis, Stanley Fisher memberikan amaran baru-baru ini bahawa keadaan sebenar ekonomi sedang berterusan mengalami kemerosotan. Ramai orang akan kehilangan pekerjaan. Beliau juga menjangkakan krisis ekonomi kali ini akan berpanjangan lebih lama daripada apa yang diramalkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]