Tuesday, May 26, 2009

Pusat belia kurang upaya di Hebron akan ditutup ?

Isnin, 25/05/2009 - Sebuah pusat belia kurang upaya di Hebron yang ketika ini menempatkan 100 orang kanak-kanak akan ditutup pada bulan Jun melainkan diberi pembiayaan kecemasan bagi mencegah penutupannya.

Pihak Berkuasa Palestin telah membiayai pusat tersebut tetapi sejak 2004, tiada peruntukan disediakan oleh PA. Pusat itu berupaya meneruskan operasi lima tahun lalu hasil sumbangan pihak swasta, tetapi kini mereka telah memberhentikannya dan pusat itu merancang untuk menutup operasi pada bulan Jun.

Omar Abu A’ram, ketua badan kebajikan Al-Ihsan berkata kos yang diperlukan untuk meneruskan operasi adalah kira-kira 1,800 - 2,000 syekel ($4 - 500 Dolar AS) setiap bulan bagi setiap kanak-kanak. Tetapi dengan pengepungan Israel, ekonomi Palestin telah jatuh menjunam dan pihak yang membiayai pusat itu (rakyat Palestin di Sekitar Tebing Barat) tidak lagi mampu berbuat demikian.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]