Tuesday, May 26, 2009

Mesir larang konvoi bantuan “The Hope” masuk Semenanjung Gaza.

Isnin, 25/05/2009 - Kumpulan Pemerintah Anti Sekatan dan Penyambut Delegasi menegaskan bahawa kerajaan Mesir semalam, Ahad (24/5) melarang konvoi bantuan “the hope” dari Eropah untuk memasuki Gaza.

Adil Zarob, jurucakap kumpulan tersebut menegaskan dalam pernyataan akhbarnya bahawa kerajaan Mesir menutup pintu masuk Rafah kepada konvoi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Beliau menyatakan bahawa konvoi tersebut membawa sejumlah peralatan perubatan khusus untuk mereka yang cacat akibat serangan terbaru Israel di Semenanjung Gaza.

Sebelumnya pemerintah Palestin melalui jurucakapnya Ahmad Al-Kurd, Menteri Sosial dan Tenaga Kerja menyeru pemerintah Mesir untuk membuka pintu masuk bagi konvoi bantuan “the hope” dari Eropah yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin untuk mamasuki Gaza. Beliau menyatakan rasa hairan terhadap sikap Mesir yang melarang konvoi tersebut masuk ke Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]