Friday, May 15, 2009

Terkini) Israel menangkap wartawan Haaretz setelah keluar dari Gaza.

Khamis, 14/05/2009 - Polis Israel Selasa lalu telah menahan wartawan Haaretz bernama Amira Hass (gambar) di pintu keluar Semenanjung Gaza, di mana beliau telah tinggal dan membuat laporan sejak beberapa bulan yang lalu.

Hass telah ditangkap dan ditahan untuk disoalsiasat sebaik sahaja melintasi sempadan kerana mencabuli undang-undang yang melarang penduduk merentasi negeri musuh. Beliau telah dibebaskan dengan jaminan setelah berjanji tidak memasuki Semenanjung Gaza bagi 30 hari akan datang.

Hass merupakan wartawan Israel pertama memasuki Semenanjung Gaza melebihi dua tahun sejak Pasukan Pertahanan Israel mengeluarkan arahan larangan masuk setelah berlaku penculikan askar IOF, Gilad Shalit pada tahun 2006 semasa serbuan merentasi sempadan oleh para pejuang Palestin.

sumber : http://www.haaretz.com/hasen/spages/1084996.html
penterjemah : hijjaz79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]