Khamis, 28/05/2009 - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu Rabu lalu menyatakan kerajaannya mengiktiraf perjanjian damai terdahulu antara Israel, Palestin dan negara Arab dan menuntut negara-negara Arab memulakan tindakan simbolik bagi menjernihkan hubungan dengan Israel tanpa sebarang kelewatan.
Kenyataan Netanyahu hadir selepas beliau membatalkan satu lawatan ke Eropah yang dirancang pada minggu depan ketika beliau takut akan menjadi sasaran kritikan terhadap dasar-dasar dan pendirian kerasnya atas perdamaian dengan rakyat Palestin, disamping sokongannya untuk pembinaan penempatan dan peluasan wilayah.
Dalam satu ucapan Knesset, Netanyahu menyatakan sokongan kerajaannya bagi melanjutkan proses damai dengan rakyat Palestin dan komited dengan semua perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Israel terdahulu.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz_79
No comments:
Post a Comment