Thursday, May 28, 2009

Haneyya sambut konvoi ‘The Hope’.

Rabu, 27/05/2009 - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya dengan turut dihadiri oleh beberapa orang menteri menyambut para anggota yang menyertai konvoi ‘The Hope’ petang semalam (Selasa 26/5), yang menyeberangi Semenanjung Gaza kelmarin.

Haneyya mengalu-alukan para tetamu tersebut yang terdiri daripada beberapa orang ahli parlimen dan beberapa tokoh terkenal daripada beberapa buah negara Eropah. Beliau menjelaskan bahawa kedatangan konvoi tersebut menunjukkan rakyat Palestin tidak keseorangan dan kepungan yang dikenakan akan hilang dan terhapus, dan keazaman rakyat Palestin akan menang.

Beliau seterusnya amat mengalu-alukan kedatangan rombongan itu sambil menyifatkan ia membawa banyak petunjuk. Beliau juga menyatakan bahawa rakyat sentiasa mengikuti perkembangan konvoi tersebut semenjak ia mula bertolak lagi.

Beliau juga berharap agar para peserta yang terlibat di dalam konvoi tersebut dapat melihat sendiri kemusnahan besar yang diakibatkan oleh penjajah semasa perang terhadap Gaza baru-baru ini, begitu juga kesan kepungan zalim yang dikenakan. Beliau juga menjangkakan para peserta konvoi akan merasa yakin tentang keperluan dan kemestian untuk mengheret para penjenayah perang kerana mereka telah melanggar dan mencabul segala undang-undang dan peraturan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]