Tuesday, May 26, 2009

Kerajaan Palestin menyeru Mesir benarkan ‘konvoi harapan Eropah’ ke Gaza.

Isnin, 25/05/2009 - Kerajaan Palestin yang diketuai Ismail Haneyya pada hari Ahad lalu meminta kerajaan Mesir untuk membenarkan orang Eropah konvoi mengelilingi Semenanjung Gaza. Beliau dalam kenyataannya terkejut dengan ketegasan pihak berkuasa Mesir yang menghalang konvoi tersebut meskipun ia merupakan misi kemanusiannya.

Menteri kerja dan ehwal sosial Ahmed Kurd menyatakan, konvoi Eropah itu bagi membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza, bantuan itu termasuk alat-alat perubatan untuk mereka yang kurang upaya dan keperluan khas.

Beliau yang menyangka kesemua undang-undang bersifat perikemanusiaan antarabangsa menyelar tindakan pengepungan Israel terhadap Gaza adalah tidak adil dan melampaui semua nilai-nilai manusia.

Dalam konteks sama, jawatankuasa kerajaan yang berusaha memecahkan pengepungan tersebut, mengecam pihak berkuasa Mesir yang cuba menghalang penempatan dalam acara konvoi itu.

Manakala, dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, jawatankuasa itu berkata pihak berkuasa Mesir memutuskan untuk membenarkan laluan. Namun hanya 16 orang dari 100 sahaja peserta sahaja yang dibenarkan dalam konvoi tersebut, tetapi keseluruhan anggota konvoi terbabit menolak keputusan tersebut dan berkeras mengatakan akan bergerak secara kolektif ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : alfishahrin_85

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]