Wednesday, May 27, 2009

Sesiapa yang diam terhadap kepungan dan kezaliman ke atas Gaza, bukan seorang yang bebas.

Selasa, 26/05/2009 - Fernando Rossi, seorang senator Itali dan ketua konvoi ‘The Hope’ dari Eropah mengutuk keras kepungan Zionis terhadap Semenanjung Gaza, juga sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh seluruh dunia terhadap kemelaratan kemanusiaan yang sedang mengancam nyawa satu juta setengah rakyat Palestin di Gaza.

Rossi berkata dalam satu sidang akhbar yang turut disertai oleh Menteri Buruh kerajaan Palestin, Ahmad al-Kurd lewat petang semalam (Isnin, 25/5): “Saya percaya bahawa setiap orang yang melihat kepada kepungan ini akan berkata ‘tidak’ kepadanya.” Beliau menegaskan sesiapa yang tidak berkata ‘tidak’ terhadap kepungan dan kezaliman terhadap Gaza ini, dia bukanlah seorang yang sudah merdeka atau bebas.

Beliau turut menjelaskan konvoi tersebut mengandungi beberapa orang anggota yang terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan daripada beberapa buah negara Eropah, antaranya Itali dan Austria, di samping Belanda, Ireland, Denmark, Perancis dan Britain. Beliau berkata hanya beberapa orang sahaja daripada mereka dibenarkan masuk, sementara yang lain tersekat di sebelah sempadan Mesir selepas melalui perjalanan yang amat jauh dan memenatkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]