Tuesday, May 12, 2009

Hammad: KDN akan kukuhkan saf dan bentuk kekuatan dalaman bagi hadapi penjajahan dan kepungan.

Isnin, 11/05/2009 - Fathi Hammad, Menteri Dalam Negeri kerajaan Palestin menegaskan pasukan keselamatan berjaya memelihara infrastrukturnya meskipun telah menerima serangan sengit daripada Zionis sepanjang serangan terhadap Gaza baru-baru ini.

Hammad berkata dalam kenyataannya kepada Saluran Berita TV pada hari Ahad (10/5) bahawa semasa serangan terhadap Gaza, pasukan keselamatan Palestin berupaya untuk menghadapi serangan tersebut sekalipun terpaksa mengorbankan ramai para pejuangnya yang mati syahid yang bilangan mereka melebihi 400 orang.

Ia juga telah melakukan suatu yang amat menakjubkan walaupun peperangan yang dihadapi amat kompleks dan tidak sepadan. Ia juga berjaya mempertahankan infrastrukturnya dan semua cawangannya dari sudut keselamatan. Ia juga berjaya mempertahankan ketumbukan dalamannya daripada dibolosi oleh musuh Zionis sama ada dari sudut keselamatan dan politik.

Beliau juga mengatakan dalam masa 22 hari serangan Zionis tersebut, pasukan keselamatan Palestin berjaya merakamkan kejayaan besar dalam mempertahankan rakyat Palestin. Beliau juga menegaskan selepas perang, rangka kerja segera telah dirangka agar pasukan keselamatan Palestin kembali berfungsi sebagaimana sebelumnya dan kembali menguasai tentang hal ehwal keselamatan dalam negeri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]