Tuesday, January 06, 2009

Terkini : 17 lagi terbunuh dalam serangan terbaru padai hari ke 10

Selasa ,06/01/2009 - Kementerian Kesihatan Penduduk Palestin di Gaza melaporkan tentera rejim Zionios telah menyerang Semenanjung Gaza pagi semalam da n mengakibatkan 17 rakyat Palestin terbunuh.

Kementerian berkata antara 17 yang terbunuh pagi ini adalah lima orang anak dari sebuah keluarga tujuh orang , apabila pejuang-pejuang jet rejim Zionis mengebom rumah mereka . Medik melaporkan bahawa ahli keluarga tersebut dibiarkan mati bersendirian kerana ambulans-ambulans itu tidak dapat mengambil mereka kerana kereta kebal rejim Zionis mengawal di situ..

Pada hari Isnin, kereta kebal rejim Zionis telah mengebom rumah milik Arafa Abed Al Dayim, membunuh empat orang mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang yang lain. Sumber-sumber tempatan berkata , Abed Al Dayim telah terbunuh pada hari Ahad sebelum itu apabila ambulans yang beliau bawa telah diserang oleh tentera rejim Zionis . Warga Palestin berkumpul hari ini di rumah beliau bagi memberi penghormatan terakhir..

Note:
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]