|
|
Tentera Zionis itu turut meningkatkan serangan bom dan bedilan ke bahagian selatan Gaza dekat sempadan Mesir, meningkatkan jumlah korban penduduk Palestin mencecah 1,000 orang.
Saksi berkata, Israel melancarkan serangan bom dari udara sejak malam tadi dengan membedil bertalu-talu ke atas bandar Gaza serta kawasan di utara Gaza dan diberi tentangan hebat oleh pejuang Hamas.
Sumber pasukan perubatan Palestin berkata, lebih 70 orang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan semalam, menjadikan jumlah penduduk Palestin yang terkorban setakat ini meningkat kepada lebih 975 orang, manakala kira-kira 4,400 lagi cedera.
"Para pejuang memberi tentangan habis-habisan dengan melancarkan roket dan bom. Kedua-dua pihak masing-masing mengguna senjata berat dalam pertempuran hari ini,'' kata saksi.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, serangan tentera rejim Zionis yang semakin ganas sejak beberapa hari lalu hanya akan meningkatkan bilangan korban dan cedera di pihak penduduk Palestin.
"Israel benar-benar mahu menghapuskan rakyat Palestin di sana," katanya yang terus memantau perkembangan perang di Gaza dari Tebing Barat.
Rejim Zionis telah menggerakkan lebih banyak pasukan simpanan bagi meningkatkan serangan udara dan darat dan terus bergerak ke bahagian utara Gaza, kata saksi.
- AFP
No comments:
Post a Comment