Saturday, January 24, 2009

Haniyya : Bantuan 40 juta euro kepada Gaza.

Jumaat, 23/01/2009 - Pusat Maklumat Penduduk Palestin yang bergabung dengan Pergerakan Hamas Khamis lalu melaporkan kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai oleh Ismail Haniyya memutuskan untuk memberi 40 juta Euro kepada penduduk Semenanjung Gaza yang terjejas akibat serangan Israel.

Taher Al Nunu, jurucakap Hamas dalam sidang akhbar di Gaza City berkata “Kerajaan memutuskan untuk memberikan wang pampasan terhadap keluarga yang menjadi mangsa”.

Beliau menambah bahawa 4000 Euro akan diserahkan kepada keluarga yang kehilangan rumah mereka, 2000 Euro kepada keluarga yang kehilangan sebahagian rumah mereka, 1000 Euro untuk setiap seorang ahli keluarga yang hilang dan 500 Euro untuk setiap penduduk yang cedera.

Semasa memberikan respons mengenai dakwaan Palestin Authority di Ramallah tentang tahanan Hamas di penjara Al Saraya yang dikepung oleh Israel, Al Nunu berkata “tiada tahanan yang terbunuh, dan kita tiada tahanan-tahanan politik”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]