Rabu ,14/01/2009 - Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Ismail Haneyya mengecam sesetengah media yang menyebarkan desas-desus dan berita-berita tidak benar bertujuan untuk menykong Israel dalam satu percubaan untuk menghakis semangat penduduk Palestin dan memfitnah tindakan berani mereka.
Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, kerajaan menggariskan yang Israel menggunakan pelbagai cara untuk menyebarkan desas-desus dan pembohongan, antaranya dengan cara menjatuhkan risalah dari pesawat perang, penghantaran sms dan wawancara TV dan radio untuk memperdalamkan keretakan dalaman dan menyebarkan dendam antara rakyat.
Kerajaan menyatakan kekecewaan dan kekesalannya pada saluran media kerana mengikut percaturan dan permainan yang serupa dengan media-media Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul
No comments:
Post a Comment